ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB..

Minggu, 26 Desember 2010

FADHILAT SOLAT

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:

"Islam tertegak di atas lima rukun yaitu bersaksi bahwasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"
Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.
Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diridhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapak.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'
Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"

0 komentar:

Posting Komentar

Template by:

Free Blog Templates